Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu lori tangki maut langgar treler

Keadaan kemalangan lori tangki dan sebuah treler di kilometer
Keadaan kemalangan lori tangki dan sebuah treler di kilometer 347 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Buaya-Rawang di sini semalam.

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Seorang pemandu maut selepas lori tangki membawa bahan kimia yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 437.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, pemandu lori tangki tersebut tercampak keluar daripada kenderaan yang dipandunya berdekatan kawasan Sungai Buaya-Rawang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa Muhammad Shahid Abdullah, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler di hadapannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kami menerima panggilan pada pukul 1.32 pagi dari Pusat Gerakan Operasi Selangor selepas seorang pengadu membuat panggilan kecemasan melaporkan mengenai kejadian.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah jurucakap itu, operasi menyelamat selesai pada pukul 2.03 pagi dan mayat mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain