Pengerusi Penganjuran, Zulflida Tahmali berkata, acara bertemakan A Drive For Nature itu menawarkan tiga hadiah wang tunai utama iaitu RM5,000 bagi juara, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga).

Katanya, yuran penyertaan sebanyak RM1,000 bagi setiap pasukan yang dianggotai oleh empat orang itu merangkumi penginapan satu malam di hotel di Kuala Tahan, kemeja-T dan barangan lain.

“Selain itu, acara cabutan bertuah turut akan diadakan untuk peserta terlibat,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Zulflida, orang ramai yang ingin mendaftar boleh menghubungi beliau di talian 012-2571310 atau Dzarina (019-73485461) atau menerusi emel di alamat [email protected]

Katanya, bayaran bagi setiap penyertaan perlu dibuat atas nama Pemadam Kawasan Parlimen Setiawangsa melalui akaun CIMB bernombor 8001201341.

“Sila hantar salinan slip bayaran ke emel atau WhatsApp pada nombor telefon saya atau Dzarina. Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Oktober ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE