New Pantai Expressway Sdn. Bhd. (NPESB) dalam kenyataan memaklumkan, kerja-kerja itu akan dijalankan pada pukul 11 malam hingga 5 pagi.

“Pelaksanaan pelan pengurusan trafik akan dilaksanakan bagi membolehkan pelancaran rasuk dijalankan di kawasan tersebut. Pengguna lebuh raya diminta supaya mematuhi isyarat papan tanda keselamatan dan had laju yang ditetapkan.

“Pihak NPESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna lebuh raya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi NPE Infoline di talian 1-300-88-1010 untuk sebarang maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE