Ia susulan tindakan Muhammad Ridhuan yang didakwa gagal menyerahkan Prasana Diksa kepada bekas isterinya, M Indira Gandhi seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014 sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pelbagai usaha sudah dilaksanakan, termasuk meminta bantuan masyarakat bagi mengesan dua individu terbabit.

“Kita meminta orang ramai agar tidak terus menerus memainkan isu tersebut dengan apa juga cara yang boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini.

“Sekali lagi, polis merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu agar tampil untuk memberikan kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE