Menurutnya, malah DAP turut mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan institusi raja-raja berperlembagaan secara senyap dan sindiran.

“Mereka bergabung dengan golongan antihadis dan liberal.

“Kalangan ahli politik yang mencari jalan pintas bergayut bersama, sama ada umat Islam yang bebal sepak terajang politik atau yang buta politik, dan juga kalangan bukan Islam,” katanya menerusi satu kenyataan yang disiarkan dalam Facebook miliknya, hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hadi menjelaskan, maka Pas menentang sekeras-kerasnya terhadap pihak yang merungkai Perlembagaan lalu merosakkannya, bukan menambah baik,

“Lebih membahayakan lagi kalangan yang menjadi jentera penjajah yang menjadikan Islam sebagai musuh sehingga boleh mengancam kedaulatan negara,” katanya. - UTUSAN ONLINE