Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam laman webnya memaklumkan aplikasi telefon pintar tersebut merupakan kaedah alternatif bagi penambahbaikan pengurusan tempat letak kenderaan yang lebih efisien dan sistematik.

“Aplikasi Flexi Parking boleh dimuat turun secara percuma di Android Play Store atau Apple App Store dan mempunyai fungsi dwibahasa.

“Ia sangat mudah digunakan terutama untuk menambah kadar bayaran tempat letak kenderaan. Ia juga mengatasi masalah seperti tidak mempunyai syiling yang mencukupi atau tidak mempunyai kupon gores,” katanya.

Tambahnya, aplikasi itu bukan sahaja boleh digunakan di kawasan MPKj tetapi melibatkan kawasan PBT lain antaranya Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Maklumat lanjut atau cara penggunaan secara manual aplikasi ‘Flexi Parking’ boleh diperolehi melalui video di laman web MPKj http://www.mpkj.gov.my. - UTUSAN ONLINE