Malah sikap itu tidak mengambarkan status sebenar Putrajaya sebagai bandar raya moden di samping infrastrukturnya cukup lengkap apabila pemandangan cantik sekitarnya terjejas gara-gara deretan ken-deraan di tepi jalan.

Tinjauan Utusan Malaysia di PPAM Selasih Presint 18 mendapati terdapat segelintir peng­huni meletakkan ken­deraan ma­sing-masing di bahu jalan utama berhampiran Wisma Putra iaitu terletaknya Kementerian Luar selaku lokasi tumpuan diplomat asing.

Menurut wakil persatuan penduduk, Carlos Najmul Basri, walaupun disediakan tempat parkir bertingkat yang cukup lengkap, tetapi disebabkan sikap malas penduduk yang tidak mahu berjalan jauh menyebabkan mereka meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

“Jika parkir di tepi jalan, senang keluar ke tempat kerja. Namun di parkir bertingkat, mereka perlu berjalan jauh dari rumah ke kereta. Sehubungan itu saya boleh cakap, ini berlaku sebab sikap masing-masing.

“Apa gunanya tempat parkir yang cukup sempurna dibiarkan kosong begitu sahaja jika tidak digunakan sebaik mungkin,” katanya.

Nada sama juga disuarakan oleh seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Hamid, 32, turut mengesa pihak berkuasa termasuk Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk mengeluar­kan saman kepada penduduk terlibat.

“Sudah menjadi kesalahan daripada sudut undang-undang jika mereka terus berdegil dan saya merasakan jika PPj saman, mereka tidak akan berbuat demikian.

“Selain itu, tindakan menunda kereta merupakan jalan terakhir daripada situasi tersebut terus berlaku,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni dikenali Jaafar, 35, yang merupakan penjawat awam berkata, keadaan tersebut juga disebabkan kerana setiap penghuni hanya diperuntukan satu ruang parkir sedangkan masing-masing mempunyai antara satu hingga dua kende-raan.

“Masalah sebegini wajar difikirkan bersama oleh jawatankuasa penduduk untuk mengatasi kesesakan tempat meletak kenderaan sama ada mencadangkan satu lagi parkir bertingkat di sini,” katanya.