Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Parkir bertingkat bakal dibina di PPR Kerinchi

Tengku Adnan Tengku Mansor (dua dari kiri) bersama isterinya,
Tengku Adnan Tengku Mansor (dua dari kiri) bersama isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki (tiga kiri) menyampaikan sumbangan pembukaan akaun SSPN-i Tabung Pendidikan bagi anak-anak Lembah Pantai semasa merasmikan Majlis Karnival Jom Bantu Rakyat Lembah Pantai di pekarangan Perpustakaan 1 Wilayah PPR Kerinchi Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kementerian Wilayah Per­sekutuan berhasrat untuk membina tempat letak ke­reta bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai, di sini sebagai usaha mengurangkan ma­salah kekurangan kemudahan itu di kawasan berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ber­kata, projek sebagai tanda kepri­hatinan kerajaan itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memudahkan penghuni meletak kenderaan masing-masing dengan teratur.

“Buat masa ini, kita sedang jalankan kajian untuk melihat di mana tempat yang sesuai untuk laksanakan projek parkir bertingkat.

“Projek tersebut mampu me­nggandakan jumlah tempat letak kereta dan ini akan memudahkan penghuni meletakkan kenderaan mereka,” katanya ketika berucap pada Program Jom Bantu Rakyat Lembah Pantai di PPR Kerinchi, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan dan Pengerusi Barisan Nasional Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Lebih 5,000 masyarakat berbilang kaum dari kawasan Lembah Pantai memeriahkan program berkenaan yang bertujuan membantu rakyat dalam mencari jalan penyelesaian berhubung isu berkait dengan agensi kerajaan.

Menurut Tengku Adnan, lebih 30 agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam program itu de­ngan menyediakan pameran dan perkhidmatan secara terus kepada rakyat selain menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan melalui Jobs Malaysia.

“Antara perkhidmatan lain di­sediakan adalah permohonan Ru­mah Mampu Milik Wilayah Per­sekutuan (Rumawip), saringan ke­­sihatan percuma dan permohonan latihan kemahiran,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain