Kemenangan melayakkan pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Tempat kedua pula diraih oleh Pasukan JKP Zon 12A manakala Pasukan La Palma memenangi hadiah tempat ketiga, dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM800 dan RM500 beserta piala iringan dan sijil penyertaan. 

Kejohanan julung kali anjuran MPS dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Strata MPS dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 12 itu berlangsung selama dua hari bermula 23 Mac lalu sebelum menutup tirai semalam. 

Sebanyak 16 pasukan terdiri daripada 10 orang pemain setiap pasukan menyertai kejohanan yang dirasmikan oleh Ahli Majlis MPS Zon 12, Tuan U Chin Ong. - UTUSAN ONLINE