Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Op Tapak: Pemaju dikompaun RM100,000

SEBAHAGIAN daripada pendatang asing yang ditahan pada Operasi 3
SEBAHAGIAN daripada pendatang asing yang ditahan pada Operasi Bersepadu DBKL Tapak Pembinaan (Op Tapak) sekitar Sri Hartamas, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/AHMAD MUZAMMIL HAFLAN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Pemaju termasuk konsultan sebuah projek komersial di Sri Hartamas di sini diberi notis kompaun dalam serbuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Operasi Bersepadu Aktiviti Di Tapak Pembinaan (Op Tapak) hari ini.


Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, tindakan itu dibuat selepas pemaju didapati gagal mematuhi syarat keselamatan di tapak binaan untuk mewujudkan longkang sementara bersama perangkap bahan binaan serta membina rumah kongsi pekerja tanpa permit sah.

Katanya, notis kompaun dan tempoh tujuh hari diberikan bagi kedua-dua kesalahan itu sebelum pemeriksaan semula ke tapak binaan itu dilakukan seterusnya dibawa ke mahkamah jika masih gagal penuhi syarat.

“Peruntukan undang-undang itu dibuat di bawah Seksyen 70A Akta Jalan Parit Bangunan 1957 dan kompaun sehingga RM50,000 setiap satu kesalahan boleh dikenakan.

“Turut ditahan dalam serbuan itu seramai 115 orang pekerja asing tanpa izin atas pelbagai kesalahan termasuk salah guna permit, tinggal lebih tempoh dan tiada permit kerja,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sebanyak 70 kekuatan anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa terlibat dalam Op Tapak Siri pertama termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain