Ketua Penyelarasnya, Azman Mahmood berkata, operasi sindiket yang berselindung sebalik lesen pusat hiburan keluarga kira-kira dua minggu lalu terbongkar melalui maklumat orang awam kepada pihak berkuasa.

Katanya, pelbagai modus operandi dan helah sindiket terutamanya dalam gejala ‘judi online’ dapat kita jejaki dan hidu selain turut sama menangani isu penyalahgunaan dadah dan salah guna lesen.

“Pihak kementerian yakin gejala ini dapat dibanteras secara menyeluruh dengan penglibatan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama mendesak,” katanya kepada pemberita dalam Op BAH Siri ke 37, di sini malam tadi.

Rampasan dan sitaan peralatan adalah di bawah Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992 melalui Kaedah-Kaedah Hiburan Siber dan Pusat Siber 2012 yang boleh mengenakan tindakan pembatalan lesen. - UTUSAN ONLINE