Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Naik taraf kemudahan dahulu

Penduduk minta semak semula pelaksanaan caj parkir 24 jam

BAYARAN sebanyak RM1 setiap jam untuk meletakkan kenderaan dianggap 4
BAYARAN sebanyak RM1 setiap jam untuk meletakkan kenderaan dianggap tidak sesuai dilaksanakan.

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Tidak wajar. Itu antara reaksi orang ramai terutama peniaga dan kakitangan yang bekerja di kawasan komersial Pusat Bandar Utara Selayang, dekat sini berhubung pelaksa­naan caj letak kenderaan berkuat kuasa 15 Ogos lalu.

Mereka menyifatkan tindakan mengenakan caj parkir 24 jam pada kadar RM1 sejam setiap hari dan kupon bulanan sebanyak RM120 sebulan itu tidak lebih melainkan sekadar mengutip untung atas angin semata-mata.

Ini kerana tindakan itu dibuat tanpa melibatkan perbincangan secara adil dan menyeluruh selain sistem pengurusannya yang dilihat tidak efisien.

Lebih mengecewakan apabila kemudahan asas yang disediakan seperti tempat letak kereta dan jalan raya dalam keadaan menyedihkan dan tidak dinaik taraf.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan berkenaan mendapati, orang ramai yang berkunjung ke kawasan berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur itu dikenakan caj bayaran RM1 meskipun sekadar melalui kawasan tersebut.

Berdasarkan pemerhatian, lo­kasi tumpuan itu sesak dengan pelbagai jenis kenderaan malah diburukkan dengan lori-lori besar diletakkan kenderaan di bahu jalan.

Kemudahan petak letak ken­deraan juga sangat sukar ditemukan memandangkan jumlah kenderaan ke kawasan komersial itu terlalu tinggi.

Itu belum termasuk petak letak kende­raan yang dimonopoli motosikal, kereta dan van buruk dipercayai milik warga asing terutama pendatang Myanmar, Vietnam dan Rohingya yang berniaga secara haram di situ.

Pemerhatian juga mendapati, kawasan persekitaran menjadi kotor dan tidak terurus dengan sampah sarap di merata-rata tempat terutama di laluan pejalan kaki sehingga bertaburan ke kawasan petak letak kenderaan.

Senario ini sudah pastinya menimbulkan pertikaian orang ramai yang majoritinya berpendapat senggaraan dan baik pulih perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.

Segelintir pengunjung juga me­nyatakan kesediaan untuk membayar caj letak kenderaan jika kemudahan yang disediakan berbaloi dengan ringgit yang dikeluarkan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain