Ketua Pegawai Eksekutif Mycc, Datuk Abu Samah Shabudin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengenakan penalti sebanyak RM 33, 0685.85 kepada syarikat terbabit kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (AP 2010).

“Perjanjian penetapan yuran telah dimeterai pada Mei 2017 dan satu notis dikeluarkan oleh pihak tersebut bagi memaklumkan keputusan itu.

“Dengan keputusan ini, kita mahu mereka menghentikan kegiatan penetapan harga dan menolak perjanjian itu dengan serta-merta,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Abu Samah berkata, pihaknya telah mengambil kira fakta dan perihal kes serta peruntukan yang berkaitan di dalam akta dan garis panduan suruhanjaya tersebut mengenai penalti kewangan.

“Ini adalah satu kesalahan serius di bawah AP 2010.Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam amalan anti persaingan.

“Kita berharap ini memberi mesej yang jelas bagi menghindar perusahaan-perusahaan lain daripada melakukan pelanggaran yang sama,”katanya. - UTUSAN ONLINE