Malah dalam sidang akhbar beliau di sini hari ini, Muhyiddin juga seperti terkena sindrom ketuanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila memberi jawapan ‘tidak ingat’ ketika ditanya lanjut berhubung pengetahuannya mengenai perkembangan NFC sepanjang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sebaliknya, Muhyiddin menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha ternakan daging lembu itu apabila projek berkenaan mula dikatakan tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Muhyiddin yang kini menjadi perhatian selepas status Twitter Penasihat DAP, Lim Kit Siang enam tahun lalu berhubung desakannya supaya beliau menjawab isu NFC kembali tular sebaliknya mengaitkan projek tersebut adalah idea bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tidak ingat, sudah lama,” katanya yang menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari tahun 2004 hingga 2008. - UTUSAN ONLINE