Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam satu kenyataan memberitahu, Muez, 57, yang juga merupakan Ketua Setiausaha ke-13 kementerian tersebut dilantik menggantikan Datuk Seri Jamil Salleh yang bersara wajib berkuatkuasa semalam.

Jelas kenyataan itu, Muez yang dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan memulakan kerjayanya dalam sektor awam pada tahun 1988 mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai kementerian.

Muez Abd. Aziz
 

“Sebelum dilantik ke jawatan ini, Muez juga pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah di Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum diberi tanggungjawab sebagai Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, KPDNKK sehingga Mac 2018 sebelum diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sehingga Jumaat lalu,” ujar kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE