Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, ini berdasarkan populasi penduduk di Sungai Petani yang berada dalam daerah Kuala Muda berjumlah 200,000 orang.

“Sejak diadakan sejak 2000, acara tahunan ini menarik 3.8 juta pengunjung sehingga kini. Tahun lalu, acara ini menarik 216,800 pengunjung di Batu Pahat, Johor.

“Melalui usaha ini, kami juga berharap pemegang unit dan masyarakat secara keseluruhannya akan memperoleh kefahaman mengenai hubung kait antara risiko dan pulangan pelaburan,” katanya dalam sidang media memperkenalkan logo baharu MSAM dan rakan korporat di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE