Arahan penutupan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu dibuat selepas mendapati ia beroperasi tanpa kelulusan sehingga menyebabkan masalah pencemaran sehingga mengganggu kesejahteraan penduduk.

Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPSJ, Azlina Mat Salim berkata, tapak pembuangan sampah haram seluas 1.2 hektar itu disyaki beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

“MPSJ telah mengeluarkan tiga kompaun kepada pemaju atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka, tidak mengawal tanah dan kerja tanah tanpa kebenaran dengan denda maksima sebanyak RM27,000.

“Kami juga mengarahkan pemaju supaya memasang pagar untuk menutupi kawasan dan membersihkan semula tapak pembuangan sampah haram ini,” katanya ketika ditemui dalam lawatan beliau bersama Ahli Majlis MPSJ zon 16, George Yap, di sini hari ini  - UTUSAN ONLINE