MPSJ dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, program itu akan diadakan di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor bermula pukul 7.30 pagi pada 9 Disember depan.

Menurut kenyataan itu, dua kategori iaitu 25 kilometer (km) dan 5 km akan dipertandingkan dalam acara berkenaan selain pelbagai aktiviti lain khusus untuk seisi keluarga.


“Seramai 300 yang paling awal mendaftar akan mendapat kemeja-T manakala 300 peserta terawal sampai di garisan penamat akan menerima medal,” demikian menurut kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE