"Antara urusan yang boleh dilakukan adalah permohonan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM); pertukaran hak milik (pemilik berdaftar atau baharu), permohonan lesen memandu, bayaran kesalahan dan penalti serta permohonan status kenderaan," kata JPJ WPKL.

Sehubungan itu, JPJ WPKL telah membuka kaunter pendaftaran untuk ID mySIKAP kepada orang ramai di Institut Memandu Kuala Lumpur (IMKL) di sini, semalam.

"Sebelum itu, satu penerangan berkenaan fungsi dan kelebihan ID mySIKAP telah diberikan," katanya.

"Orang ramai yang berminat memiliki ID mySIKAP ini boleh membuat pendaftaran di kaunter JPJ terdekat dengan membawa kad pengenalan diri (MyKad).

"Nombor rujukan akan diberikan sejurus proses pendaftaran selesai. Nombor rujukan ini akan digunakan untuk proses daftar masuk kali pertama," katanya. - UTUSAN ONLINE