Kepekatan kuah dengan campuran sayuran segar apatah lagi dimasak menggunakan resepi turun-temurun sejak tahun 1999 menjadikan mi Mak Yam Utara cukup berbeza citarasanya.

Antara menu yang disediakan di Mak Yam Utara adalah Mi Sup, Mi Rebus, Mi Kari, Laksa dan pelbagai resepi warisan dengan harga yang murah iaitu RM4.50 hingga RM6 jelas mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Pemilik gerai Mak Yam Utara, Ahmad Rifaie Che Halim berkata, setiap hari lebih 2,000 bungkus pelbagai jenis masakan mi berjaya dijual dan hampir 80 peratus adalah pelanggan tetap.

“Gerai akan dibuka pada pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari di tujuh kawasan Pasar Tani iaitu Keramat Permai, Putrajaya, Danau Kota dan Bukit Angkasa.

“Sudah 18 tahun berniaga dan macam-macam cabaran sudah dihadapi. Saya berharap suatu hari nanti cita-cita untuk membuka restoran sendiri akan tercapai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Ahmad Rifaie, dia turut mengambil tempahan dan membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur tetapi haruslah dalam kuantiti lebih daripada seratus bekas.

“Mereka yang ingin membuat tempahan untuk majlis tertentu boleh hubungi di talian 018-393 7909,” katanya lagi.