Bermula dengan kawasan tinggalan Kapal Korek Biji Timah di Tanjung Tualang, Kampung Bayu Gajah hingga ke Jambatan Victoria di Kuala Kangsar adalah laluan yang harus dilalui semua peserta bagi melengkapkan tugasan yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad, Khairul Kamarudin berkata, program tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang dilakukan bersama media dan badan-badan kebajikan.

“Pada tahun ini, destinasi pilihan adalah negeri Perak kerana ia mempunyai keunikan tersendiri dan tinggalan sejarah agong negara.

“Selain itu, mereka juga berpeluang untuk meneroka keindahan negeri ini dengan melalui kampung-kampung yang wujud sejak sekian lama dahulu lagi,” katanya di sini baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, pasukan dari Utusan Malaysia ‘Kereta Buruk’ menjuarai secara keseluruhan program yang bermula dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Bernama Online dan tempat ketiga gabungan wartawan News Straits Times dan Astro yang menamakan kumpulan mereka sebagai Agent VX.

Acara tersebut yang disertai oleh 158 peserta dari 24 agensi media tempatan telah dilepaskan oleh Ketua Pegawai Executive BHB Khairul Kamarudin dan Zulkefli dari cawangan Bank Islam di Sungai Buloh awal pagi semalam. - UTUSAN ONLINE