Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Noor Effendi Ahmad berkata, usaha itu bertujuan memastikan kumpulan berkenaan dapat memberi lebih tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)selaras hasrat Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, antara inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan termasuklah mengadakan dialog antara guru dengan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mengetahui permasalahan dihadapi dan cara mengatasinya.

“Hasil daripada beberapa dialog yang telah diadakan sebelum ini, kita dapati antara masalah dihadapi golongan pendidik ialah beban tugas bukan hakiki seperti pengkeranian.

“Justeru, melalui dialog ini guru mempunyai akses terhadap segala masalah atau menyalurkan rasa tidak puas hati selain memberikan cadangan penambahbaikan.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita sentiasa mengamalkan dasar terbuka mendengar pendapat serta permasalahan golo­ngan ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena Program Gerakan Massa: Penghargaan Te­rima Kasih Guru 2019 di pusat beli-belah AEON, di sini.

Hadir sama Pengarah Pendidi­kan Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari.

Jelas Noor Effendi, program bermanfaat itu juga mungkin diperluaskan ke pe­ringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) agar guru dapat me­nyampaikan segera permasalahan mereka secara te­rus kepada pegawai ber­kenaan.