MBSA dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, program tersebut diadakan bermula pukul 10.30 malam hingga 12 tengah malam.

“Orang ramai boleh membawa makanan dari rumah dan bersantai bersama keluarga dengan kehadiran beberapa orang pendakwah terkenal seperti Pencetus Ummah (PU) Azman dan PU Rahmat.

“Selain itu, 2,000 bungkus makanan akan diagihkan kepada peserta terawal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.