MBSA dalam satu kenyataan memberitahu, program dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( Pemadam) Negeri Selangor itu akan berlangsung selama 24 jam.

“Daging lembu dijual dengan harga lebih murah iaitu RM29.50 sekilo berbanding pasaran iaitu RM37 sekilo. Bagaimanapun, ia hanya dihadkan sebanyak 3kg setiap orang.

“Selain itu, orang ramai diingatkan agar membawa bekas sendiri. Ayam, rempah ratus dan bahan masakan lain turut dijual dalam program amal itu,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE