MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, anugerah tersebut akan disampaikan semasa Persidangan Antarabangsa Bandar Pembelajaran di Medelin, Colombia pada Oktober 2019.

“Petaling Jaya terpilih menerima anugerah itu berikutan pencapaian cemerlang dan prestasi bandaraya itu dalam sektor pendidikan.

“Di sekitar Petaling Jaya terdapat sebanyak 101 sekolah rendah dan menengah, 182 pra sekolah dan 45 institusi pengajian tinggi serta enam perpustakaan komuniti yang dikendalikan oleh MBPJ,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, selain Petaling Jaya anugerah itu turut diberikan kepada Aswan (Mesir), Chengdu (China), Heraklion (Greece), Ibadan (Nigeria), Medellin (Columbia), Melitopol (Ukraine), Santiago (Mexico), Seodaemun (Korea Selatan) dan Sonderborg (Denmark).- UTUSAN ONLINE