Lokasi tersebut adalah di Pasar Awam Seksyen 17/1A, Pasar Seri Setia SS9, Pasar Kampung Cempaka, Pasar Taman Megah, Kompleks Pasar Taman Dato’ Harun, Pasar Besar Jalan Othman, Pasar Awam Seksyen 14 dan Taman Selera Jalan Othman.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pemilihan lokasi tersebut dibuat berdasarkan persekitaran yang mempunyai banyak sumber makanan haiwan perosak itu.

“MBPJ turut bekerjasama dengan penjaja dan kontraktor pembersihan dengan mengedarkan perangkap tikus.

“Setiap tikus yang berjaya ditangkap akan dibayar sebanyak RM3 sepanjang kempen dijalankan,” katanya ketika berucap merasmikan kempen tersebut di sini hari ini.

Tambah Mohd. Azizi, beliau menyeru orang ramai mengutamakan kebersihan di kawasan perumahan dan premis perniagaan supaya

tidak menjadi tempat pembiakan tikus yang boleh mencemar imej bandar raya. - UTUSAN ONLINE