Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon berkata, pihaknya akan terus berusaha memenangi hati rakyat terutama belia Cina demi memastikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan.

“Janji Perdana Menteri untuk memasukkan bab khas tentang belia dalam manifesto BN membuktikan dedikasi beliau buat seluruh belia Malaysia.

“Beliau sedar akan kepentingan melibatkan belia dalam pembangunan negara, sikap yang jauh berbeza dengan pembangkang yang lebih berminat mengekalkan pemimpin berusia tanpa memberi ruang buat pemimpin muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE