Dalam satu kenyataan, jabatan itu memberitahu, hasil daripada pemeriksaan MAQIS mendapati pengimport cuba menyeludup kerang tanpa dokumen yang sah.

Menurut MAQIS, rampasan berkenaan melibatkan 600 kilogram (kg) hasilan yang dianggarkan bernilai RM6,000.

Jabatan itu memberitahu, kerang tersebut dibawa masuk menggunakan kapal tongkang melalui jalan laut dari negara jiran.

“Kerang tersebut telah disita oleh pihak MAQIS untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

KERANG mentah yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Perla

KERANG mentah yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Perlabuhan Kelang, Selangor baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Tambahnya, perbuatan mengimport hasilan haiwan tanpa mempunyai suatu permit yang sah dari MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE