LIM GUAN ENG

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kenaikan 73.4 peratus bagi suku pertama tahun 2019 disumbangkan oleh peningkatan pelaburan yang ketara sebanyak 127 peratus ke dalam sektor pembuatan kepada RM20.2 bilion daripada RM8.9 bilion pada tahun lepas.

Katanya, daripada RM20.2 bilion FDI yang diluluskan tersebut, RM11.5 bilion disumbangkan Amerika Syarikat, RM4.4 bilion dari China dan RM2.2 bilion dari Singapura. - UTUSAN ONLINE