Sasaran itu merupakan salah satu usaha yang diperkenal kan dalam dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk mengelakkan pencemaran.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dengan populasi penduduk yang meningkat, jika semua menggunakan kenderaan sendiri akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.


“Cuba kita lihat di lebuh raya persekutuan, setiap hari bekerja pasti banyak kereta dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.


“Cuba bayangkan betapa banyak pencemaran udara yang berlaku disebabkan kenderaan ini yang terlalu banyak ini,” katanya.


Sehubungan itu, kerajaan mencari alternatif bagi menangani isu tersebut dengan membina banyak pengakutan awam seperti Aliran Transit Massa (MRT), transit alitan ringan (LRT) dan kereta api.


Beliau berkata demikian dalam sesi dialog di TN50: Pelajar Tunku Abdul Rahman (TAR) di Kolej Universiti TAR, di sini hari ini.


Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, menjelang 2050, nilai- nilai murni dalam masyarakat perlu diperkukuhkan dan bukan sahaja menumpukan pada kepesatan ekonomi sahaja.


Katanya, rakyat perlu bersatu-padu dalam menerajui negara dan perlu menerima setiap perbezaan setiap kaum.


“Satu usaha yang sukar dalam TN50 bukanlah pada pembangunan, tetapi menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap rakyat malaysia.


“Apa yang kita mahukan, kita bukan sahaja bertolak ansur sesama sendiri, dan bukan sahaja berinteraksi, tetapi meraikan budaya yang kita ada. Ini merupakan cabaran dalam melaksanakan TN50,” katanya.


Tambahnya, pembangunan ekonomi tidak mencukupi jika seni dan budaya tidak diperkenalkan dengan meluas. - UTUSAN ONLINE