Masalah itu berpunca daripada sikap pengguna yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu kiri dan kanan jalan, sekali gus menyebabkan laluan menjadi terhalang serta mengundang ke-sesakan trafik.

Tinjauan Skuad Terjah di laluan sepanjang kira-kira satu kilo­meter itu mendapati, keba­nyakan mereka yang meletakkan kenderaan di isu terdiri daripada mereka yang mahu berurusan di kedai-kedai di sepanjang jalan berhampiran.

Berdasarkan pemerhatian, kawasan itu menempatkan pelbagai jenis lot perniagaan seperti kedai runcit, restoran, bengkel motosikal, kedai gunting rambut dan gerai kecil penjaja yang jaraknya hanya satu meter dari jalan utama.

Ruang yang sempit dan ketia-daan tempat meletak kenderaan menjadi alasan pengguna untuk meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan-bahu meskipun tahu tindakan sedemikian boleh menyebabkan halangan terutama kepada kenderaan besar seperti bas dan lori.

Pemerhatian mendapati, bukan hanya pemandu kereta malah lori seberat lima tan juga tanpa rasa bersalah meletakkan ken­deraan mereka untuk tempoh sementara di bahu jalan sehingga ‘memakan’ hampir 30 peratus infrastruktur awam itu.

Selain itu, tindakan pemilik bengkel meletakkan dan membiarkan motosikal pelanggan di bahu jalan turut menjadi fakor kesesakan dilaluan tersebut.

Lebih memburukkan kea­daan apabila terdapat banyak kereta rosak dan terbiar terlalu lama di sepanjang laluan itu sekali gus menambahkan lagi kesulitan dan halangan kepada pengguna.

Kesesakan bertambah kritikal terutama pada waktu puncak ditambah pula projek pembinaan projek persimpangan bertingkat menghubungkan Lebuhraya Pantai Baru ke ibu negara giat dijalankan.

Sehubungan itu, Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur (DBKL) di­gesa memantau dan menjalankan operasi penguatkuasaan bagi memastikan kawasan yang menjadi laluan utama pengangkutan awam itu lancar serta memudahkan orang ramai.