Ahli jawatankuasa penganjur, Sub Inspektor (B) Ayub Hasani berkata, program bertemakan Pudu Sentiasa Dihati itu akan dimulakan pada 9.30 pagi dengan jangkaan kira-kira 300 peserta termasuk mereka yang masih bekerja di Jabatan Penjara.

“Majlis bakal dimeriahkan dengan kehadiran orang kenamaan seperti bekas Ketua Pengarah Penjara, Datuk Omar Mohd. Dan. Antara pengisian program adalah jamuan makan, cabutan bertuah dan sedikit sumbangan kepada ahli.

“Kita harap supaya mereka yang pernah berkhidmat di Penjara Pudu sehingga ke tahun terakhir 1996 sebelum diarahkan tutup untuk hadir dan bersama mengimbau kenangan penjara yang terselit pelbagai nostalgia tersendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE