POSTER Majlis Makan Malam VICCB

Majlis anjuran VICCB itu akan berlangsung di Dewan Victoria Institution di sini bermula pada pukul 8 hingga 11 malam .

Pengarah pancaragam VICCB, Muhaizi Mudzakir berkata, penganjuran majlis itu bertujuan mengisi dana perbelanjaan pasukan pancaragam itu sepanjang menyertai persaingan pertandingan bertaraf dunia itu.

Menurutnya, VICCB masih kekurangan dana berjumlah RM100,000 bagi menampung perbelanjaan logistik kesemua 93 ahli VICCB yang terlibat sepanjang empat hari (bermula 26 hingga 30 Julai) termasuk makan minum, penginapan dan tiket penerbangan pergi balik serta lain-lain.

“Mana-mana individu perseorangan, syarikat korporat atau pihak swasta yang berminat menghulur sumbangan boleh berbuat demikian melalui penajaan dua kategori meja iaitu penaja emas (RM100) dan penaja perak (RM50).

“Tetamu yang hadir juga berpeluang menyaksikan penampilan istimewa ahli VICCB yang turut mengetengahkan ‘street parade’ , persembahan pentas dan pertunjukan pancaragam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis makan malam itu akan turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan jualan ‘keychain’ oleh pihak penganjur untuk mengisi dana tabung bagi merealisasikan hasrat VICCB menjulang nama negara.

Sebarang maklumat lanjut mengenai sumbangan, penajaan serta tempahan meja boleh menghubungi Muhaizi di talian 019-7843972 atau menyalurkan terus sumbangan melalui akaun RHB Bank di atas nama Azian Zain Ahmed (1623-2600-0238-07). -UTUSAN ONLINE