Ketua Pemudanya, Datuk C. Sivarraajh berkata, mengikut perhatiannya banyak perkara dilaksanakan kerajaan untuk membantu sekolah aliran Cina.

Beliau mengharapkan perkara sama dilakukan terhadap SJKT yang sebelum ini pernah menerima peruntukan antara RM50 juta hingga RM100 juta setahun bagi tujuan infrastruktur dan penyelenggaraan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN)

“Sekarang mereka (PH) berkuasa. Saya berharap mereka melaksanakan apa yang mereka pernah bangkitkan dan melakukan lebih baik bagi membangunkan SJKT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE