Penyertaan yang dibuka kepada tiga kategori burung itu berjaya menarik 65 ekor penyertaan kategori Murai Kampung, Murai Batu (155 ekor) dan Merbah Jambul (160 ekor) yang bersaing sengit merebut gelaran juara setiap kategori.

Pertandingan anjuran Persatuan Burung Bukit Serdang serta Pasaraya Giant Setapak sebagai penaja lokasinya itu dihakimi sembilan pengadil meliputi disiplin suara, gaya serta aksi lincah setiap ekor burung.

Sebanyak RM15,400 berjaya dikutip melalui yuran penyertaan sahaja selain sumbangan syarikat swasta, individu perseorangan serta tabung bergerak yang dilancarkan sebelum disalurkan kepada tiga badan kebajikan anak-anak yatim sekitar Lembah Klang. - UTUSAN ONLINE