Ketua Pegawai Operasi LRT Kelana Jaya (COO) Ismail Abdullah memaklumkan, bagaimanapun masalah berkenaan sudah diatasi dan perkhidmatan kini pulih sepenuhnya.

“Pada pukul 6.35 hingga 8.38 pagi semalam, perkhidmatan LRT antara stesen KLCC dan Kelana Jaya terganggu ekoran kegagalan sistem isyarat perkhidmatan sebelum bergerak mengikut kaedah manual.

“Oleh itu, dalam tempoh tersebut pihak kami telah menyediakan bas kepada orang ramai bagi memudahkan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini.- UTUSAN ONLINE