Suruhanjaya Perhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan loji terpaksa dilakukan ekoran terdapat kandungan ammonia yang tinggi telah dikesan di Sungai Johor.

“Bagaimanapun LRA Pub Tai Hong yang masih ditutup dijangka beroperasi semula malam ini. Pihak operator air telah menghantar bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terjejas termasuk Jalan Susur 6, Tun Razak dan Taman Universiti,” menurut SPAN di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE