Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Ben Liew Pok Boon mendakwa, masalah longkang tersumbat di situ kerap menyebabkan kawasan di sekitar pangsapuri berkenaan dilanda banjir kilat.

Selain itu katanya, masalah yang dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan kondominium berhampiran tasik berkenaan turut juga menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes.

“Masalah ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan dan keselesaan penduduk bahkan mengancam kesihatan orang ramai yang datang melakukan aktiviti riadah di sini.

“Saya akan tulis surat kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju projek supaya tindakan sewajarnya dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini seberapa segera yang mungkin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE