Syarikat konsesi itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan tersebut bertujuan memberi laluan terhadap pemasangan rasuk jambatan untuk Lebuhraya EKVE.

“Laluan kontra satu lorong akan diaktifkan di laluan sebelah Balakong bermula dari kilometer (km) 11.3 hingga km 14.4 bagi pengguna yang menghala ke Semenyih dan Seremban.


“Penutupan bermula pada pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya selama lima malam berturut-turut,” demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan mematuhi peraturan papan tanda jalan dan memandu dengan berhati-hati sewaktu menggunakan laluan berkenaan. - UTUSAN ONLINE