Saiful Amri Amiruddin, 42, didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Keramat di sini, pada 13 April 2016.

Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama yang memperuntukkan  hukuma  penjara tidak lebih tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa dari JPN Putrajaya, Mohd. Fazdhly Abdul Razak menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala peguam, P. Suthes memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan tertuduh hanya mampu membayar dengan jumlah itu.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman  kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE