Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & KomunikasiPengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan disebabkan hentitugas  Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA SSP1,SSP2 dan SSP3) itu ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor awal pagi tadi.

'Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan dan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pelanggan yang terjejas," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my bagi mendapatkan maklumat terperinci lokasi terjejas yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.-UTUSAN ONLINE