Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, calon-calon yang hadir dengan lengkap berpakaian sukan itu mula berkumpul seawal pukul 6 pagi.

Katanya, sesi temuduga untuk jawatan secara kontrak dan tetap itu berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

“Mereka menjalani ujian lasak terbuka untuk empat jawatan ditawarkan iaitu pegawai penguat kuasa, pegawai keselamatan, penolong pegawai penguat kuasa dan penolong pegawai keselamatan.

“Sambutan menggalakkan yang diterima ini membuktikan kesungguhan mereka untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Azman, temuduga itu akan diteruskan esok untuk calon lelaki dan wanita bagi jawatan pembantu penguat kuasa. - UTUSAN ONLINE