Sprint dalam kenyataan berkata, latihan kecemasan itu akan melibatkan simulasi kemalangan lori tangki Petron yang terbalik dan melanggar sebuah lori satu tan yang membawa bahan kimia berbahaya.

“Situasi ini akan menyebabkan suasana cemas di sepanjang Terowong Penchala, Lebuhraya Sprint.

“Program ini bertujuan menyediakan latihan yang realistik kepada pasukan kecemasan terlibat, meningkatkan keberkesanan operasi dan memastikan tindakan pantas kes kecemasan sebenar,” katanya di sini hari ini.

Latihan kecemasan yang bermula pada pukul 7 pagi itu dijalankan menerusi kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan Polis Diraja Malaysia selain agensi kecemasan yang lain. - UTUSAN ONLINE