Program tahunan anjuran Persatuan Rekreasi Wilayah Malaysia itu akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini pada 1 Januari tahun depan.

 

Presidennya, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, sebanyak 30 negara dijangka menyertai acara yang bermula pada pukul 6 pagi itu antaranya Thailand, Jepun, India, Kenya, Sudan, Sepanyol dan Jerman melibatkan penyertaan seramai 15,000 peserta.

“Acara ini mempertandingkan tujuh kategori iaitu 10 kilometer (km) terbuka lelaki dan wanita, senior lelaki dan senior wanita; lima km individu terbuka lelaki dan wanita serta lima km untuk keluarga.

“Pelepasan peserta dijangka disempurnakan oleh Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Mohd. Roslan, pertanyaan dan pendaftaran program boleh dibuat secara online di https://tinyurl.com/klnyrun19.

Larian Tahun Baharu KL 2019 itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Wilayah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Sukan dan Polis Diraja Malaysia. - UTUSAN ONLINE