KWSP dalam kenyataan memberitahu jumlah berkenaan merujuk kepada insentif bernilai RM40 sebulan yang dikreditkan ke seramai 49,857 akaun ahli i-Suri KWSP yang telah membuat caruman minimum bulanan sebanyak RM5.


Katanya, ahli i-Suri boleh menyemak akaun mereka secara dalam talian, menerusi kiosk atau di mana-mana cawangan KWSP seluruh negara bermula hari ini.


“KWSP menggalakkan lebih ramai isteri kepada ketua isi rumah atau ketua isi rumah wanita yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) untuk menyertai i-Suri.

Ahli hanya perlu membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan bagi melayakkan menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan.


“Sebagai tambahan kepada insentif kerajaan itu, individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat yang sama sebagaimana ahli KWSP seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran simpanan KWSP, bantuan hilang upaya dan bantuan kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE