Teater bertajuk 'Penjuru Empat Karma' karya pelajar kolej berkenaan, Mohammad Firdaus Kamaruddin, dijayakan oleh lapan pelakon yang merupakan ahli kelab teater dan kebudayaan KVG.

Menurut pensyarah merangkap penasihat kelab KVG Production, Hasmizul Hisham Ab. Rahman, teater itu bukan sahaja dapat mengetengahkan bakat pelajar tetapi melatih mereka dalam menguruskan sesuatu majlis dan produksi berskala besar.

"Melalui projek ini pelajar boleh mengaplikasi apa yang mereka belajar di dalam kelas dan projek ini dijangkakan menjadi 'School Enterprise' kepada pelajar KVG.

"Teater ini berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama pelajar dan warga kolej sendiri, " katanya di sini semalam.

Hasmizul Hisham berkata, KVG menawarkan pengajian tujuh program perniagaan dan pihaknya melibatkan kesemua program dengan kepakaran berbeza bagi menjayakan teater berkenaan.

Usaha mereka ternyata tidak sia-sia apabila seramai lebih 800 tetamu termasuk ibu bapa dan pelajar hadir memenuhi dewan KVG, menjadikan teater itu 'pecah panggung.'

Tutut hadir memberikan sokongan adalah Tuan YDP PIBG,Pihak Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPRO) dan pihak pengurusan Kolej Vokasional Gombak.

Jelas Hasmizul Hisham lagi, pementasan teater itu diharap dapat diteruskan demi menghargai bakat-bakat pelajar sekali gus memartabatkan seni teater Kolej Vokasional ke tahap lebih tinggi. UTUSAN ONLINE