Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, program ibadah korban yang dijalankan itu mendapat kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS.

"Sambutan pada tahun ini disambut secara sederahana dan agihan daging korban disedekahkan kepada Rumah Orang Kurang Upaya Titian Nur Rawang, Orang Asli Bukit Lagong, asnaf dan kakitangan MPS.

"Acara tahunan berkonsepkan program sukarelawan ini dijalankan secara gotong-royong bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang melibatkan seramai 200 kakitangan MPS dan masyarakat setempat bagi proses melapah dan membungkus," katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua MPS, Datuk Dr. Juhari Ahmad bersama Ahli-ahli Majlis dan pengarah-pengarah jabatan. - UTUSAN ONLINE