Salah satunya adalah Konvoi Kibar Bendera Wilayah Persekutuan yang dianjurkan buat kali kedua oleh Jabatan Penera­ngan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai agensi kerajaan.

Program tersebut melibatkan 20 kenderaan pacuan empat roda, dua ambulans, 11 motosikal dan 100 peserta dengan menjelajah ke tujuh lokasi perhentian bermula di Putrajaya dan berak­hir di Pantai Dalam.

Pemimpin setempat di setiap lokasi menyambut dan melakukan pelepasan konvoi untuk ke des­ti­na­si seterusnya.

Program yang bermula pada sebelah pagi di Putrajaya itu dilepaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lokasi kedua diteruskan di pekarangan Masjid Zaid Bin Thabit, Bandar Tasik Selatan yang disambut Pengerusi Yayasan Bakti Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Ini diikuti di Medan Selera Kampung Baru oleh Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lokasi seterusnya di Pusat Tranformasi Bandar, Bandar Baru Sentul di mana konvoi disambut Timbalan Ketua UMNO Batu, Datuk Ramlan Salleh sebelum bergerak ke Danau Kota, Setapak dengan Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Dr. Mohd, Shafie Abdullah sedia menanti.

Konvoi diketuai Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Mohd. Taib Ubah itu bersambung pula di sebelah petang dengan bergerak ke lokasi berikutnya di pekarangan Giant Hypermarket, Setapak dan disambut Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Majlis penutupan untuk destinasi terakhir konvoi iaitu di Dataran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Lembah Pantai itu disempurnakan Penaung Muafakat Komuniti 1Malaysia Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sepanjang sesi jelajah itu, pelbagai aktiviti diadakan bagi menambahkan kemeriahan antaranya pengedaran bendera Wilayah Persekutuan kepada peniaga dan pengunjung selain beramah mesra dengan pe­mimpin setempat.