Program julung kali anjuran Konica Minolta dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu membawa peserta menaiki tren yang mengambil masa perjalanan selama 12 jam bermula dari stesen KL Sentral ke Hatyai.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin di stesen KL Sentral, malam tadi.

Mohd. Rani Hisham berkata, tren tersebut disewa khas oleh Konica Minolta untuk melaksanakan aktiviti sosial mereka ke kawasan pelancongan terkenal di negara gajah putih itu.

“Syarikat tersebut kebiasaannya menggunakan perkhidmatan darat dan udara di dalam penganjuran program mereka namun perkhidmatan KTM Holidays yang menyediakan koc-koc khas seperti koc eksklusif, koc acara dan koc santai menjadi pilihan mereka pada kali ini.

“Ini sekali gus menyajikan pengalaman unik dan berbeza sebagai penghargaan dan kenangan kepada kakitangannya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di di sini semalam.

Acara itu turut disertai oleh Pengarah Urusan Konica Minolta yang datang dari Jepun iaitu Mr. Osafumi Kawamura. - UTUSAN ONLINE