Program yang diadakan di Kem Taman Rimba Bukit Lagong, Selayang itu disertai 255 peserta dari 17 buah sekolah dari bermula dari 13 Julai lalu dan tamat hari ini.


Ismail Mohd Zawawi (tengah) diiringi Kamarunzaman Mehat (kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta.

Program itu telah ditutup oleh Pengarah JPJ WPKL, Datuk Ismail Mohd Zawawi, hari ini.

Program perkhemahan itu diadakan selaras dengan cadangan dari pihak ibu pejabat yang mahukana semua JPJ negeri memberi pendedahan berkaitan dengan semangat berpasukan dan menjadi salah satu aktiviti yang wajib dijalankan setiap tahun.

 

Selain itu pemakaian pangkat kepada 81 orang anggota kadet dari 17 buah sekolah telah dibuat setelah anggota kadet melepasi ujian yang ditetapkan.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ WPKL, Ahmad Kamarunzaman Mehat; Ketua Bahagian/Cawangan, UTC, SPK dan pegawai lain.

Program anjuran Unit Komuniti dan Kemasyarakan JPJ WPKL ini turut melibatkan seramai 34 orang guru penasihat dan 38 orang jurulatih. - UTUSAN ONLINE